Belajar lah untuk menulis dengan baik. Cari lah sebab mengapa perlu menulis.

Menulis ialah suatu proses terapi.

Proven tau yang menulis memang boleh menenangkan jiwa. Fikiran yang kusut, serabut dan serabai  jika di organize elok-elok dalam bentuk penulisan boleh membantu meleraikan any problems yang pada mula nya nampak serabut dan complicated.

Pakar psychology juga mencadangkan untuk melontarkan setiap kekusutan inside our head on paper. Especially untuk sesiapa yang mempunyai Green Coloured Brain.

Kita mempunyai pilihan di mana dan macam mana hendak menulis. Samaada di dalam journal rahsia, membebel di wall facebook, menulis di atas kertas kemudian campak buang ke dalam tong sampah ataupun kita boleh pilih untuk blogging.

Gang DAPK pilih blogging sebagai platform untuk menulis. Suka dengan cara Joshua Becker menulis tentang “15 reasons I think you should blog”. Dan kami kongsikan nya di dalam blog DAPK ini, 15 sebab kenapa menulis blog.

15 sebab kenapa kami suka menulis blog.

1. Berlatih menulis dengan lebih baik.

Blogging melatih kita menulis. Blogging tidak ada rules yang kita kena ikut. Tepuk dada tanya selera. Anggaplah setiap blog post kita tu sebagai latih-tubi minda kreatif kita. Lebih banyak kita blogging semakin menarik hasil penulisan kita, In Sha Allah belajar menulis blog yang menarik.

Skil menulis ni penting untuk berkomunikasi sesama kita. Skil menulis yang baik membantu kita untuk lebih pandai membina ayat untuk menulis buku, bercerita, update facebook status, presentation dan macam-macam kegunaan lain tapi bukan untuk membawang ya peeps!

2. Menulis blog melatih kita berfikir dengan lebih teratur.

Menulis secara berstructure; ada introduction, ada isi cerita di dalam subcerita dan ada conclusion nya; mengajar kita berfikir dengan lebih mendalam untuk setiap perkara yang ingin kita buat.

3. Semakin kita mula berfikir secara mendalam semakin kita akan mencuba menilai hidup kita.

Siapa kita? Apa yang kita suka? Apa yang paling kita tidak suka? Kenapa kita suka kepada sesuatu dan bermacam-macam persoalan lain.

4. Blogging mengajar kami membuat pilihan yang baik

Asal dari hobby suka blogging mengajar kita berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara menyebabkan kita juga mula belajar mengenal diri kita. Kita jadi pandai mencari, menilai dan memilih sesuatu yang lebih bermakna.

Kami berdua memilih untuk menjadi diri kami sendiri bermula dari ikhtiar untuk belajar mengenal diri.

5. Blogging membantu kita untuk adopt healthier habits.

Habit menulis ni membuat kita rajin membaca dan memerhati, melihat sesuatu di sebalik tabir. Sibuk membuat research untuk content membuatkan kita jadi tahu tentang banyak perkara. Mula faham kenapa perlu sihat. Bagaimana cara-cara untuk kekal sihat. Apa rutin harian yang perlu di lakukan untuk sihat. Pilih rutin yang sesuai untuk diri.

Matsuda nuture habit sihat dengan cara terbang bersama geng Paramotor Malaysia. Nazz juga jadi teruja dan mula mencari tahu bagaimana nak dapatkan berat badan ideal untuk join Matsuda dan Tazza terbang di awan biru.

6. Berjumpa creative people lain di luar sana

Seperti juga activity sihat yang lain, blogging membuka peluang untuk kami berdua berjumpa dengan orang baru dari pelbagai background lapisan hidup. Best!

7. Rajin blogging boleh juga menjana pendapatan.

Kami berdua tengah berusaha untuk rajin blogging kerana blogging boleh menambah pendapatan dari pelbagai sudut. Kita cipta peluang kita sendiri, tapi yang memberi rezeki itu hanya Allah.

8. Menulis memberi inspirasi kepada pembaca.

Seperti Nabi Muhammad saw, kami juga mahu memberi inspirasi positive kepada orang lain di dalam circle kami dengan cara blogging tentang sesuatu yang positive.

9. Blogging memberi kita peluang menulis apa saja yang berkenan di hati.

Dan jika kita ni seorang yang bertanggung jawab kita mahu content kita tu sesuatu yang add value.  Oleh itu kita akan membuat research segala penjuru alam untuk menulis content yang baik kerana Allah akan pertanggungjawabkan setiap perkataan kita.

In Sha Allah dalam process menulis blogging boleh menjadikan mindset kita lebih well-rounded.

10. Menulis blog adalah percuma.

It’s free. Siapa yang tidak suka sesuatu yang FREE

11. Selesa di kenali ramai

Blogging memberi peluang untuk kita menonjolkan diri kita kepada public, especially introverts macam Matsuda dan Nazz. Secara tidak langsung blogging membuatkan kami berdua berasa selesa untuk lebih terbuka kepada orang lain.

12. Sebagai journal peribadi kami

Matsuda layan blogging sebab dia pelupa dan perlukan personal digital journal untuk mengingat setiap adventures yang dia dah lalui. Nazz pula? Rahsia.

13. Blogging menjadi kan kita sedikit poyo dan lebih confident

14. Platform untuk kami berkongsi

Blogging boleh menjadi platform untuk kami berdua recommend dan share kan segala macam informasi tentang product favourite kami, buku favourite kami, restoran cool yang kami jumpa, resepi Nasi Ayam yang paling best dan macam-macam lagi.

15. Kami berdua memang suka menulis. Itu saja 😍.

Conclusion nya ialah terus menulis jangan pernah bosan. Biarlah niat blogging itu positive bukan berniat sebab ingin viral, ingin kaya raya, mau pujian pembaca, mahu marasa diri hebat dan segala macam personal reason yang mungkin menyebabkan kita jadi cepat bosan untuk menulis. Do what you love and love what you do.

Menulis blog mungkin boleh menjadi asbab kepada berbagai peluang dan adventures dalam hidup kita … sebagai pembuka jalan kepada sesuatu yang baru, kata orang bijak-pandai. Belajar lah menulis blog mulai hari ini.

Oleh itu para pembaca DAPK,  kenapa anda suka menulis?

Tinggalkan comment anda di bawah ya.

Cheers

Matsuda dan Nazz bercerita

[subscribe2]