This plan was not in my schedule at all in the first place. Being Matsuda, dia memang selalu dengan idea gilanya yang sentiasa impromptu. Idea asal dia untuk menghadiri kenduri kahwin kawan lama dia. Idea yang dah tak asal sangat adalah to drag me in the journey haha.

Aku rasa macam satu peluang yang bagus untuk kami adjust the chemistry because there is a saying says ‘to know a person better, is to travel together’ – anonymous, but if only I can skip the wedding (aku ada masalah anxiety berjumpa dengan orang asing hehe). Aku letak syarat macam tu, dan Matsuda setuju. Maka terwujudlah Kumpulan Rombongan Cik Kiah 2 hari 1 malam ke Ipoh!

Sifat aku memang suka mengurus dan merancang (bukan bossy ok), jadi aku terus book satu bilik supaya kami boleh bermalam di sana (because I have foreseen we can never go back on the same day)

So the journey begins!

Ipoh Ada Permata Tersembunyi !

Dalam pada kami nak bercuti tu, sempat juga kami kerah otak beberapa jam untuk DAPK. Hentian pertama kami di Old Town White Coffee untuk meeting dengan Cip. Cip merupakan tulang belakang kami untuk technical support DAPK. What are we going to do without you Cip ( drama haha).

Selepas perjumpaan pendek tu, kami check-in ke Gergasi Inn. Matsuda dan Laika terus bersiap pergi ke kenduri kahwin. Meninggalkan aku sendirian di hotel. My own time yeah! Aku whatsapp Gee (Gee merupakan kawan baik aku selama 25 tahun, rakyat Perak yang tinggal di Batu Gajah). Aku paksa Gee datang dan beli pisang goreng untuk aku. Sempat aku tertidur tunggu dia, lama sangat.

Walau bagaimanapun Gee, Matsuda dan Laika sampai pada satu masa. 10 minit bersembang, kami terus bersiap untuk ke Gunung Lang. Sampai di situ, semua jakun (kecuali Gee) haha! Pemandangan batu kapur dan flora fauna di situ sangat mengujakan guys! Menurut cerita Gee, ada banyak lagi lokasi cantik di sekitar Ipoh, malangnya kami tak banyak masa untuk melawat semua. Laika dan aku sibuk nak makan Tau Fu Fa drive-thru. Jadi, kami berkejar ke sana pula.

IMG-20190126-WA0032

DSC07860

IMG-20190126-WA0026

IMG_1364
” alone we can do so little, together we can do so much! “

Ipoh Syurga Makanan!

Tuhan dah takdirkan bukan rezeki aku dengan Laika untuk Tau Fu Fa drive-thru tu. We were too late that the shop has closed earlier. Tapi tidaklah rasa ralat sangat, sebab terdapat banyak sangat tempat makan, restoran,cafe yang cantik dan menarik sepanjang berpusing bandar Ipoh. Terus tak tahu nak pilih yang mana.

IMG-20190126-WA0058
” a picture is a poem without words”

Gee cadangkan makan di #Hangout , jadi kami berhenti di situ. Senarai makanan ada pelbagai, dari makanan western, hipster hingga makanan tradisional. Fuhh kenyang beb. #Hangout ni bersih, cantik dan best! Jangan lupa singgah bila datang Ipoh ya. Usai makan, kami balik ke hotel dan tidur.

Aktiviti hiking yang mengenyangkan!

Bila teringat berjanji manis dengan Gee nak memanjat gunung sebelum Subuh, aku rasa berdosa pula. We were suppose to go hiking with her, tapi bantal memeluk erat tubuhku, jadi aku jadi buat keputusan untuk semua membatalkan aktiviti pagi tu. Sorry Gee! Hahah.

Kami agak kelewatan pagi tu, dan kami putuskan memanjat Mee Kicap untuk sarapan sebelum terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Lokasi asal dituju adalah Mee Kicap Mat Sajak tapi, kami sampai di Restoran Hj. Yahya. Puun okey rasanya, sebab tetap ada Mee Kicap dan pelbagai jenis kuih tradisional dengan harga yang murah! The moment aku masuk restoran ni, terus mengimbau zaman kanak-kanak. Sebab kali terakhir tengok kuih tradisional yang meriah macam ni, masa kecil je. Perasaan bercampur baur, antara rasa bersalah dengan diri sendiri sebab makan terlalu banyak dan gembira sebab dapat makan banyak. Ya Allah, saikonya aku! LOL

Screen Shot 2019-02-16 at 2.13.36 PM
– jongkong emas (makan ni terus rasa kaya ;P )
Screen Shot 2019-02-16 at 2.14.00 PM
– mee kicap pujaan hati dinda

Dan begitulah berakhirnya memori indah di Ipoh. You can never go wrong with foods, even if that is a goodbye. Until we meet again Ipoh. =)

Kesimpulan : Ipoh is a big YES to explore and to love! Rangkaian lokasi untuk dilawati, tempat penginapan yang mudah dan berpatutan sehingga jenis makanan yang banyak memang pilihan yang tepat untuk short trip kalau korang perlukan quick gateaway.

Siapa yang berada di Ipoh angkat tangan~

Tinggalkan komen untuk kami hubungi korang bila kami ke sana lagi!

In my elements,

#whennazzwrites

disclaimer: some of the photos are low in quality because we used the phone to capture those, however just embrace the memories!

[subscribe2]

psst: our #VLOG001 and #VLOG001 tentang 2 hari 1 malam di Ipoh, please subscribe: