terbang paramotor

Terbang pada 1000 kaki di atas paras laut adalah keputusan hidup paling gila aku pernah buat.Sebab ketinggian merupakan ketakutan aku yang paling besar.Tetapi aku tidak punya banyak pilihan bila jadi ‘team’ Matsuda, aku dipaksa dan terpaksa ikutkan kehendak dia (tulis macam ni, biar nampak Matsuda tu suka mendesak hahah).


Beberapa minggu lepas, team DAPK sangat bertuah kerana telah diberikan peluang untuk mencuba pengalaman sukan ‘extreme’ bersama- sama  group Paramotor Malaysia JanjiFly di Pantai Aceh, Pulau Indah, Klang. Sesungguhnya, aku takut!

Paramotor Tandem Ride

Paramotor merupakan salah satu sukan ‘extreme’ yang agak minor di Malaysia. Tak ramai yang mampu berkecimpung kerana sukan jenis ini memerlukan modal yang tinggi. Matsuda memang dah lama buat kerja gila ni dari 5 tahun yang lepas. Dia bersungguh-sungguh menyakinkan aku untuk ‘terbang’ macam dia. Aku pula, dah macam-macam alasan diberikan untuk melepaskan aku dari terlibat dengan kegiatan yang menyeramkan ini. (walaupun hanya sebagai penumpang – Tandem Ride )

Perjalanan lebih kurang 45 minit ke Pulau Indah bersama Kapten Tazza, membuatkan hati aku bertambah gusar.Sampai sahaja di lokasi, ada beberapa lagi ‘paraglider’ yang sudah berada di sana lebih awal.Bunyi enjin memenuhi kawasan lapang tersebut. Aku makin berdebar.

Ketika sibuk berkenalan dengan beberapa pilot paramotor yang berada di situ, namaku dipanggil Kapten Tazza.

‘Nazz naik dulu’ – lutut jadi lembut terus. Muka masih ‘maintain’ senyum. Muka Matsuda senyum nakal dengan seribu makna ( sukar hendak dimengertikan perasaan tersirat dia tu – nak gelakkan aku lah tu! ) Aku lebih risaukan berat badan aku yang cukup-cukup makan untuk melayakkan aku  menjadi penumpang.

Kapten Tazza and I – pssstt jangan nak komen tangan sado aku eh

 

1000 Kaki di Atas Paras Laut

Kami ‘take  off’ pada 1730, bacaan doa tidak lekang dari mulutku. Tidak sampai 5 minit, aku semakin bertenang. Pemandangan sangat cantik, tiada kata yang setara dengan apa yang aku saksikan.

Tiba-tiba, kedengaran suara Kapten dari belakangku, “We are at 1000 feet above the sea now”. Aku pandang ke bawah, fuuuhhhhhh semuanya kecil. Waktu itu, sudah tidak ada rasa takut tetapi rasa bersyukur kerana Allah hantarkan pengalaman ini kepada aku.

Kelihatan laut sangat cantik dari atas, mungkin begitu rupa permaidani di syurga nanti.Bau angin juga berbeza di atas, berbau kebebasan dan kedamaian – cewaah hehehe.Usai 30 minit di ruang udara, kami mendarat pada jam 1800 dengan selamat.

Breathtaking scenery from up in the sky

 

Nak Terbang Macam Kami Tak?

Alhamdulillah.

Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup. Terima kasih Allah untuk keindahan alamMu. Melalui sesi ini, aku belajar bahawa tidak ada perkara yang tidak boleh kita atasi. Cuma perlu yakin dengan diri sendiri dan yang paling penting usaha,berdoa dan yakin juga kepadaNya yang Maha Memberi.

Terima kasih Matsuda sebab selalu paksa aku buat benda pelik-pelik. Lagi aku cakap yang aku tak berani, lagi dia paksa. Akhirnya, aku tak menyesal pun.

Setinggi-tinggi penghargaan untuk Kapten Tazza dari Janjifly kerana sudi memberikan peluang yang ‘awesome’ ini!

Untuk korang yang berminat untuk mencuba, sila hubungi Janjifly di Facebook atau team DAPK terus dan dapatkan maklumat lanjut di sana ok!

Atau boleh saja tinggalkan komen di ruangan komen jika berminat untuk mencuba Paramotor Tandem ride

Terima kasih kerana sudi membaca, jumpa lagi di bebelan aku yang lain guys!

 

in my elements,

#whennazzwrites